Penangguhan Acara FFM31 dan Bantahan Pelakon Festival Filem Malaysia ke-31

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia akibat pandemik COVID-19 di Malaysia, FFM 31 telah ditunda penganjurannya sehingga 2021.[5][6]

Ekoran penangguhan acara FFM31 ke bulan Oktober 2021 dimana pada ketika itu dunia sedang menghadapi impak ekonomi dan ancaman kesihatan akibat COVID-19, beberapa pelakon terkenal tampil membuat bantahan terhadap penganjuran acara ini dan menggesa FINAS membatalkan terus [7]. Bekas pemenang FFM, Afdlin Shauki dan Umie Aida, contohnya, berharap FINAS lebih menumpu kepada menyalurkan bantuan kepada artis-artis dan pekerja filem yang menghadapi masalah kehilangan pendapatan akibat pandemik [8]. Acara ini akhirnya ditunda ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak [9].

Pada 22 Oktober 2021, FINAS mengumumkan acara FFM31 ditetapkan bakal berlangsung pada 10 Disember 2020 setelah 18 bulan tertangguh dari tarikh asal [10]. Penganjur bagaimanapun bertindak merahsiakan senarai calon Top 5 sehingga malam kemuncak, yang mana tiada perubahan daripada senarai filem yang dijuri ketika penjurian dibuat sebelum penangguhan sebelum ini [11]. Ini bermakna, biarpun dianjurkan pada hujung tahun 2021, 55 filem yang bertanding dalam FFM kali ini adalah bukan dari tahun semasa , sebaliknya dari tahun 2019 hingga suku pertama 2020 [12].

Rujukan

WikiPedia: Festival Filem Malaysia ke-31 http://www.gempak.com/artikel/31200/67-filem-bersa... https://gempak.com/berita-terkini/55-filem-berenta... https://www.malaysiakini.com/hiburan/582120 https://www.youtube.com/watch?v=ZfSpDqi3Jkc&t=142s https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/06/592074/ffm31... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/727954/tangg...